Ayam Organik 916 adalah ayam daging yang diternak tanpa diberi vaksin, vitamin dan antibiotik serta tidak menggunakan racun kawalan serangga dalam mengawal serangga sekeliling, sebaliknya digantikan dengan campuran herba sebagai ketahanan diri bagi ayam tersebut dan penggunaan EM.
Ayam Organik 916 diternak dari usia 1 hari dengan berat DOC sekitar 36-42gms sehingga mencapai berat 1.38-1.4kg semasa hidup bersamaan sekitar 26 hari hingga 32 hari. Dalam tempoh ini ayam akan disembelih setelah mencapai berat yang dikehendaki. Setelah dibersihkan, samada dibuang kulit atau dibuang bulu dan semua organ dalaman dikeluarkan, berat yang tinggal sekitar 916-1000gms. Ayam akan dipotong 4 atau 12 berdasarkan produk sejuk beku yang akan dibuat kemudian. Manakala bagi produk ayam bakar, ayam dipotong 'butterfly'.
Konsep penternakan Ayam Organik 916 ini sangat mudah dan dapat diaplikasikan bagi setiap keluarga. Di dalam menjayakan projek penternakan ini, 4 perkara perlu diberi perhatian penuh, yaitu:
- Modal
- Ladang
- Pengurusan
- Pasaran
Keempat-empat perkara ini sentiasa bergandingan bagi mencapai kejayaan di dalam sesuatu bidangusaha yang telah dirancangkan, disamping sikap dan kesanggupan penternak itu sendiri, Andai salah satu daripada perkara ini diabaikan, kebarangkalian usaha tersebut akan menemui kegagalan adalah sangat besar.
No comments:
Post a Comment