Wednesday, 18 February 2015

Penanaman Pokok Sayur Manis

Gerak kerja:
1. Beli sayur Manis di pasar. Kebiasaannya sayur manis dijual bersama batangnya. Pilihlah sayur manis yang mempunyai batang yang besar dan panjang supaya setiap batang dapat dipotong dua atau tiga.
2. Asingkan daun daripada batang, yang panjang boleh dikerat dua atau tiga. Pastikan setiap keratan mempunyai sekurang2 3 ruas. Potong dengan menggunakan gunting kebun. Cara potong boleh lihat (di sini).
3. Buat lubang di tanah dengan diameter 6cm dan kedalaman 4cm. Masukkan baja 916 type 1. Tanah yang dikeluarkan boleh dikumpul untuk dijadikan baja 916 type 1. Buat lubang dengan menggunakan pensil atau pen terpakai. Masukkan batang pokok dan padatkan kembali tanah.
4. Pokok disiram dengan air biasa setiap pagi dan petang. Seminggu sekali daun dan batang disiram dengan baja semburan 916 type 1. Setiap bulan ditambah baja 916 type 1 sebanyak 100gms/pokok.
5. Daun sayur manis dapat dituai sekitar 3 bulan selepas menanam dengan memotong 12-16cm daripada pucuk.
6. Pembajaan selepas menuai, baja 916 type 1 sebanyak 200gms diperlukan. Kemudian pembajaan, siraman seperti biasa.

Dgn hanya menggunakan batu bata terbuang - rumput tidak dicabut, dibiarkan panjang lalu dipotong dijadikan kompos - penanaman pokok sayur manis. Pokok usia 29 hari Utk Pertanian Organik penggunaan batu bata tersebut tidak digalakkan - akan diganti dgn produk yg lebih alami - ðŸ˜Ž Rumput x perlu dicabut - cukup dimanage dgn memotongnya secara berkala. Batas juga x perlu digembur besar, sekadar saiz pokok. Jimat masa & tenaga. Batu bata sbg sempadan bg rumput dan rumpai tidak tumbuh dlm posisi yg dekat dgn pokok. Mengelakkan pokok dan rumpai berkongsi nutrisi dan mineral Jarak ideal setiap pokok 2 kaki kali 3 kaki - ditengah2 antara empat pokok boleh disulam dengan sayuran yg harvest bawah 1 bulan spt kangkung, sawi dan bayam - memandangkan pokok manis dpt dituai sekitar 3 bulan..

No comments:

Post a Comment