Jumlah anak ayam: 45 ekor
Tarikh Masuk: 1hb. Mac.
Masa Masuk: 1800
BULAN JANUARI
1hb.
- Menanam pokok serai sebanyak 45 lubang (lihat lampiran cara tanam pokok serai)
2hb.
- Menanam pokok sayur manis. (lihat lampiran cara tanam pokok sayur manis)
BULAN FEBRUARI
1hb.
- Buat EM4 (sila lihat lampiran cara buat EM4)
3hb.
- Buat Reban Asuhan saiz 4kaki kali 3kaki (sila lihat lampiran cara buat reban asuhan)
5hb.
- Buat Reban Induk 4kaki kali 2kaki sebanyak 3 reban (sila lihat lampiran cara buat reban induk)
8hb.
- EM4 siap
- Buat minuman type 1
- Buat minuman type 2
- Buat minuman type 3
- Buat minuman type 4
- Buat minuman type 5
- Buat minuman type 6
15hb.
- Minuman siap.
19hb.
- Buat EM4H-01
26hb.
- EM4H-01 siap sedia untuk dibancuh dan digunakan
BULAN MAC
1hb.
Jam 0800
- Daun serai yang sudah panjang dipotong-potong, dijemur dan dikumpulkan diletakkan dibawah reban sebagai alas tinja anak ayam. Sebelum tu boleh dilapik dahulu dengan kertas surat khabar.
- Boleh dibuat sehari atau dua hari awal.
Jam 1200
- Menyediakan bancuhan minuman type 1 di dalam bekas minuman. Bekas yang sudah berisi air boleh diletakkan di dalam reban.
Jam 1300
- Hidupkan lampu (warna merah) untuk memanaskan ruang dalaman reban asuhan.
- Letakkan surat khabar atau tray makanan ayam (makanan tidak perlu diletakkan lagi)
- Bawah reban diletakkan surat khabar, kemudian daun serai yang dipotong-potong, potongan rumput. Semburan EM4H-01 dilakukan.
Jam 1800
- Ketibaan anak ayam (DOC) dengan berat badan sekitar 36-42gm/ekor
- Reban ditutup keliling dan atas untuk mengelakan anak ayam melihat keadaan luar.
- Keesokan hari baru dikira hari pertama.
- Tandakan 3 ekor anak ayam yang berbeza berat. Tujuan untuk diambil berat setiap hari sebagai ukuran untuk dibanding dengan berat badan ideal.
Jam 2100
- makanan mula ditabur di atas kertas atau tray makanan.
Nota:
Hari pertama bermula esok.
No comments:
Post a Comment