Konsep penternakan Ayam Organik 916 ini sangat mudah dan dapat diaplikasikan bagi setiap keluarga. Di dalam menjayakan projek penternakan ini, 4 perkara perlu diberi perhatian penuh, yaitu:
- Modal
- Ladang
- Pengurusan
- Pasaran
Keempat-empat perkara ini sentiasa bergandingan bagi mencapai kejayaan di dalam sesuatu bidangusaha yang telah dirancangkan, disamping sikap dan kesanggupan penternak itu sendiri, Andai salah satu daripada perkara ini diabaikan, kebarangkalian usaha tersebut akan menemui kegagalan adalah sangat besar.
Modal yang diperlukan adalah seperti berikut:
KOS TETAP:
Reban/bangsal termasuk upah binaan ( keluasan 2 ekor bagi 1 kaki persegi). Reban ayam organik 916 terbahagi kepada 2 reban yaitu:
1. Reban asuhan
2. Reban induk
REBAN ASUHAN
- berkapsiti 45 ekor anak ayam (DOC) bersamaan saiz reban 12kaki persegi (cth: 4kaki panjang dan 3kaki lebar)
- semasa dalam reban ini, anak ayam dari usia 1 hari hingga 14 hari. Kemudian anak ayam akan dipindahkan ke reban induk.
Bekas makanan
- surat khabar
- talam
- palung makan yang dibuat daripada batang paip saiz 2 inci dan dibelah memanjang dengan lebar 4 cm. Dihujung setiap paip dimatikan dengan stopper supaya makanan ayam tidak terkeluar dan paip diskru di lantai reban sebelah dinding.
Bekas minuman
- gunakan bekas minuman 1liter, sistem kunci pin atau selak, bukan skru.
REBAN INDUK
- berkapasiti 15 ekor ayam bersamaan saiz reban 8kaki persegi (cth: 4kaki panjang dan 2kaki lebar).
- semasa dalam reban ini, ayam dari usia 15 hari hingga mencapai berat yang dikehendaki. Kebiasaannya, berat yang dikehendaki akan mula dapat setelah memasuki hari ke 26, kemudian disusuli sehingga paling lewat pada hari ke 32.
1. Bekas makanan
- palung makan yang dibuat daripada batang paip saiz 2 inci dan dibelah memanjang dengan lebar 4.5cm. Dihujung setiap paip dimatikan dengan stopper supaya makanan ayam tidak terkeluar dan paip diskru di lantai reban sebelah dinding.
Bekas minuman
- gunakan bekas minuman 1liter, sistem kunci pin atau selak, bukan skru.
2. Setor/Tangki:
- Anda boleh bina tangki bagi tadahan air hujan. Pastikan sistem tangki yang anda bina memudahkan anda untuk memasukkan bahan-bahan supplement tambahan dan memudahkan proses mencuci tangki tersebut.
- Paling mudah anda menggunakan tong besar seperti tong sampah. Elakkan memilih warna yang yang gelap atau hitam. Pilih warna yang terang supaya anda senang melihat kotoran yang berada di dalamnya dan mengatur jadual mencuci setiap minggu.
- Bagi menyimpan makanan, pastikan tempat yang kering. Membina setor memerlukan kos yang besar, jadi pilihan lain boleh guna tong seperti tangki air. Jangan terlalu dalam atau tinggi, ini untuk memudahkan anda mengambil makanan yang berada di dasar tong. Pastikan saiz tong berkapasiti sama saiz dengan jumlah makanan ayam yang anda beli. Ketika anda meletakkan di dalam tong tersebut tidak akan ada yang tersisa - semuanya boleh dimuatkan di dalam tong.
KOS BERULANG
1. Anak ayam
2. Makanan Ayam – makanan permulaan (starter) dan makanan penghabisan (grower/finisher)
3. Elektrik/minyak tanah atau gas/air
4. Herba - supplement makanan menggantikan vaksin, antibiotik dan vitamin
No comments:
Post a Comment