Monday, 16 February 2015

ORGANIK

          Organik bermaksud dari tanah. Secara ringkas membawa maksud asli atau semulajadi, tidak tercemar dan bebas daripada sebarang penggunaan racun kimia atau serangga, sehingga selamat digunakan setiap hari sebagai sebuah produkContoh produk yang boleh menjadi organik adalah seperti keperluan harian kita seperti sayur-sayuran, daging, ikan dan bijirin. Ini menbawa maksud bahawa, teknis bertani dan menternak 100% organik sejak awal hingga akhir yaitu segala-galanya semulajadi. 

          Alam semulajadi sebagai idola kita dalam memahami dan mempelajari kaedah bertani dan menternak secara organik. Ini kerana konsep organik itu sendiri yang semulajadi dan sebagai sebuah kitaran dalam organik itu sendiri sehingga kitaran itu dapat wujud sebagai sebuah sistem kitaran yang tidak pernah berhenti dan berterusan. Apabila dedaunan berguguran, haiwan dan serangga membuang najis mereka dan juga apabila makhluk mati, semuanya kembali dan bergabung dengan tanah.  Alam semulajadi mempunyai komunitinya sendiri dalam membantu memecahkan bahan-bahan yang bergabung itu dan menukarkannya menjadi nutrien yang berguna kepada tumbuh-tumbuhan. Komuniti ini dikenali sebagai detritus dan termasuk dalam komuniti ini ialah bakteria, kulat dan cacing. Kemudian tanah yang bergabung tadi menjadi sumber makanan atau  baja  kepada tumbuhan dan ada tumbuhan yang menjadi makanan bagi haiwan. Manakala tumbuhan dan haiwan itu pula ada yang menjadi makanan bagi manusia. Dalam bahasa pertanian baja yang terproses oleh alam semulajadi itu ia disebut kompos atau baja kompos. Kompos adalah istilah hari ini dalam menterjemahkan sistem kitaran yang "diajarkan" alam semulajadi kepada manusia. Sistem kitaran ini sudah wujud sejak sekian lama. Apabila baja kompos atau sistem kitaran alam semulajadi ini diaplikasikan oleh manusia dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan akan menghasilkan produk organik. 







No comments:

Post a Comment