Wednesday, 11 March 2015

Penanaman Sayur Salad

Salad mengikut variatinya adalah salah satu sayuran yang boleh dimakan tanpa memasak terlebih dahulu. Memadai dengan mencucinya dengan air bersih dan bolehlah dihidangkan. Anugerah makanan yang sangat versatile di muka bumi. Nama saintifik bagi salad ialah Lactuca sativa.


IKLIM

Salad berasal di kawasan Mediterranean. Sudah tentu kesesuaian salad sememangnya di tempat sejuk, ada jenis salad yang hanya mahukan sinaran matahari tidak lebih dari 6 jam dan terdapat salad yang suka sinaran matahari melebihi dari 6 jam. Sesetengah variati pula, salad mampu beradaptasi terhadap cuaca panas terik dan terdapat salad yang mampu bertahan terhadap cuaca sejuk melampau.

Secara umumnya salad sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi pada ketinggian 1000 m. Biasanya salad yang sesuai di tanam di tanah tinggi ialah salad jenis membulat (heading) seperti salad jenis iceberg, Namun begitu, Salad juga sesuai ditanam di kawasan tanah rendah dengan jenis salad daun terbuka (non-heading) seperti salad dari kumpulan Loose leaf cultivars. Suhu pula sekitar 45 hingga 60 F adalah paling ideal. Di negara kita menanam salad boleh dilakukan sepanjang tahun tetapi paling ideal adalah bulan April kerana ia tidak terlalu basah dan tidak terlalu kering.


TANAH

Tanah yang disyorkan bagi menanam salad ialah jenis tanah gembur berpasir kerana sangat sesuai untuk pertumbuhan salad. Namun tanah jenis loam dan tanah jenis clay berpasir juga sesuai. Tanah liat amat tidak sesuai bagi pokok salad termasuk tanaman yang lain. Tanah mestilah mempunyai saliran yang baik dan nilai PH pula ialah di antara 5.8 hingga 6.8. Tanah yang mempunyai PH kurang dari itu harus ditabur dengan serbuk kapur (lime stone). Tanah haruslah mempunyai organan yang cukup. Bagi tanah yang kurang organan boleh digaulkan dengan baja kompos atau tinja binatang seperti ayam, lembu, kambing dan arnab.


Gerak Kerja Penanaman Sayur Salad

Minggu 0

Hari: -7
- Penyediaan batas, membaja type 1 dan membuat sungkupan

Hari: 0 (4hb. Mac 2015)
- Rawatan biji benih
- Menyemai ke atas batas
- Siraman dilakukan 2 kali setiap hari kecuali hari hujan

Hari: 3 (7hb. Mac 2015)
- Benih mula bercambah
- Dua daun pertama untuk proses fotosintesis mula kelihatan

Hari: 7 (11hb. Mac 2015)
- Daun sebenar yang pertama mula kelihatan.



No comments:

Post a Comment