1. Lokasi
2. Jenis Tanaman
3. Pengairan
4. Baja
5. Media
6. Penyiraman
2. Jenis Tanaman
3. Pengairan
4. Baja
5. Media
6. Penyiraman
1. Lokasi adalah perkara pertama yang perlu kita ambil perhatian jika kita ingin menceburi bidang pertanian. Maksudnya di sini perlunya TANAH.
Tanah adalah media untuk memulakan pertanian. Adalah sangat baik jika lokasi tanah tersebut dapat menerima cahaya matahari dengan cukup.
Jika berhajat ingin menanam menggunakan pasu atau pot, pilihlah lokasi untuk meletakkan pasu tersebut di tempat yang menerima cahaya matahari yang cukup seperti di balkoni atau tepi rumah.
2. Tanaman juga perlu tahu jenis apa yang hendak kita tanam. Lain tanaman lain penjagaannya. Lain tanaman lain saiz batasnya. Lain tanaman lain saiz pasu & potnya. Lain tanaman lain waktu tuainya.
Ada tanaman yang dapat dituai sekitar 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan, 12 bulan dan malah ada yang bertahun. Dengan adanya pengetahuan ini, pekebun dapat mengurus masa dan tanah dengan bijak supaya adanya tanaman giliran atau sampingan.
Ada tanaman yang dapat dituai sekitar 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan, 12 bulan dan malah ada yang bertahun. Dengan adanya pengetahuan ini, pekebun dapat mengurus masa dan tanah dengan bijak supaya adanya tanaman giliran atau sampingan.
Untuk permulaan dicadangkan kita menanam kangkung dan bayam kerana kedua tanaman itu sangat senang tumbuh. Cuba tanam dahulu di dalam bekas dan lihat perkembangannya di lokasi yang telah kita pilih. Kemudian apabila sudah menuai tanaman tersebut, boleh cuba dengan tanaman lain.
Daripada konsep tanam dalam bekas, lalu diaplikasikan ke batas. Dengan adanya kaedah ini, akan dapat memberi motivasi kepada anda dan juga sedikit pengalaman serta kecintaan kepada tumbuh-tumbuhan.
3. Di mana saja kita bercucuk tanam, sistem pengairan harus diamhil berat. Istilah PENGAIRAN & PENYIRAMAN adalah 2 istilah yang berbeza. Jadi jangan keliru dengan istilah ini. Fahami satu persatu.
Pengairan bermaksud air dapat diserap oleh pokok dan tanah manakala lebihan air disalurkan keluar dari batas atau bekas tanaman. Oleh yang demikian setiap tanaman ada batasnya dan setiap pasu ada lubang dibawahnya.
Jika anda menggunakan bekas terbuang sila buat lubang di bawah dan di sisi bekas tersebut. Kebanyakan sayur dan pokok buah tidak tahan dengan air bertakung di dalam bekas. Akar tumbuhan akan lemas dan seterusnya boleh menyebabkan pokok mati.
Jadi pastikan setiap bekas yang kita gunakan mempunyai lubang pengairan di bawahnya agar air siraman yang lebih boleh mengalir keluar.
4. Pembajaan amat penting kepada pokok yang tumbuh di atas batas atau dalam bekas. Jika di atas tanah, akar pokok boleh menjalar jauh mencari sendiri nutrien tetapi tidak di atas batas atau dalam bekas. Oleh itu selalulah bekalkan kompos sebagai baja organik kepada tanaman kita.
5. Media di sini dimaksudkan adalah jenis-jenis tanah yang boleh kita gunakan untuk bertanam di dalam pasu atau bekas. Ada yang guna tanah campur, tanah bakar ataupun kompos sebagai media. Untuk penanaman pasu, lebih elok kita guna media yang tidak berat seperti kompos.
Campuran kompos dan tanah atas (top soil) dapat digunakan. Di samping kompos boleh menjadi baja, ia juga bertindak sebagai media bagus untuk penanaman pokok kita seperti pokok sayur.
6. Penyiraman Terdapat dua sistem siraman iaitu automatik dan manual. Biasanya kita lebih senang untuk menggunakan sistem siraman manual iaitu dengan terus menyiram dari paip air ataupun tong siraman.
Terdapat beberapa inovasi yang boleh kita gunakan untuk menyiram secara automatik. Jika ada duit lebih, boleh kita upgrade menggunakan sistem titisan berasaskan sistem fertigasi. Tetapi jika ingin jimat kos, guna sahaja siraman automatik menggunakan bahan terbuang. Dengan mengetahui 6 perkara asas ini, diharapkan pembaca semua dapat berkebun dengan lebih baik.
No comments:
Post a Comment